Showing posts with label Kejuruteraan Kimia dan Bioproses. Show all posts
Showing posts with label Kejuruteraan Kimia dan Bioproses. Show all posts

Tuesday, 11 August 2015

Mengenai Kejuruteraan Kimia & Bioproses UiTM Shah Alam

Assalamualaikum.

Harini Tengok Ada Keywords ni dalam inventory Aku. So sesiapa yang nak tahu or nak minta tolong apa-apa berkenaan kos ni, just drop your komen. InsyaAllah aku akan jawab satu-satu persoalan korang . =)


Nota Kaki: All Is Well

Monday, 10 August 2015

Kejuruteraan Kimia dan Bioproses UiTM Shah Alam [Part 3] (Makmal Process)

Assalamualaikum.

Work Space Lab Process Aku.
Haaa, ok pagi ni aku nak share mengenai kisah semester 3 aku. Masa ni aku ada subjek Lab Process. Lab process ni basically practical terhadap subjek fluid flow, thermodynamics dan heat transfer. Subjek yang aku belajar tu, di apply dekat dalam lab ni. Aku dah lupa dah semua lab yang aku attend. Sebab total lab ada 6 Lab tak silap aku. Antara yang aku ingat Bernoulli's Theorem Demonstration, Flow Over Weirs, and Flow Meter Demonstration. (Aku ingat pun sebab aku simpn lagi Full Lab report ketiga-tiga topik ni. Hahah!) . 

Masa dalam ni banyak la equipment yang aku kena guna untuk dapat data. Dan equipment2 tu semua kebanyakkanya ada digunakan di dalam kebanyakan industri. Haaa, so yang aku buat ni maybe in a smaller scale lah kot. Huhu. 

Yang ni untuk tengok Film Boiling tak silap

Benda yang sama

Yang ni keseluruhan equipment tu

Side tepi
Ok, 4 gambar atas ni pula untuk experiment Film Boiling Condensation. Yang aku ingat, masa ni kena ambil banyakkkkk data. (zzzzzz) Plus aku group first yang kena guna equipment ni dan memang annoying la guna benda ni. Dah la kena kawal watt and pressure. huh. Tapi ok la, strating yang susah then kepada senag senang dan xdelah senang mana. Hahah.


Ni Stir tank

Masa ni stir tank berisi air


Yang ni stir tank berisi minyak bau macam grease
Ok, 3 gambar atas ni pula unutk experiment (lupa tajuk). Tapi experiment ni just nak kira RPM je. Mula2 guna air biasa je dan kira pa RPM for the certain speed. Then come to the worst part is bila kena remove air then kena tukarkan dengan minyak tu. Tuuuuu nampak tak yang warna macam taik telinga cair tu. hahah. Nak tuang minyak tu satu hal. (Sebab aku je jejaka dalam group lab aku) tak kesah pun, cuma masa nak tuang tu, grease tu tumpah dekat baju and untill now those stain still ada dekat lab coat aku. Haha. Masa dah letak minyak, kita kena tukar propeller dia. ada 3 propeller dan kena tukar tanpa buang minyak tu! so ada sekali tu propeller tu terjatuh dekat dalam minyak tu dan aku kena celup. Gross gila. Haha, tapi cekalkan jelah hati main minyak tu. Nak cuci minyak tu pun ada sabun khas dia. Lepas tu annti letak baffle pulak dan kira lagi RPM. Tu je lah.

Ni untuk Bernoulli's Theorem Demonstration

Ni full view equipment tu

Dari tepi

Ni nak kawal volume air
Ok, yang ni pulak untuk Bernoulli's Theorem Demnstration. Kita kena apply Bernoulli's Principle la. Macam bila air laju, pressure rendah dan bila air perlahan pressure tinggi. So kita bolehlah baca bacaan pressure at the different point. Haa, gittew~

wefie Coffee
Sempat lagi wefie, masa ni duduk dekat2 dengan other group so apa lagi, hmm..

Lepas siap kira data

Aku sorang je kumbang, lain2 semua bunga. Lab Mates aku.
Ok, nak masuk lab ni, kena pakai topi putih tu. Kalau tak pakai, Penjaga makmal akan marah dan suruh keluar. Ada kebaikkan dia buat macam tu, untuk disiplinkankita bila masuk bebetul dalam site. Haa, aku punya labmates semua perempuan. Hana, Qila, Mar, Faz. Kalau lab habis cepat, boleh terus duduk dekat ruang dalam gambar tu, then boleh terus kira2 data dan cabut undi siapa buat part apa dan apa. So, senang lah kerja lepas tu.

So, itulah serba sedikit tentang lab aku. Hope korang "enjoy" membacanya. Haha.

Nota Kaki: Semester depan ada lab kena stay malam-malam. Duhh!







Saturday, 1 August 2015

Ketentuan : Aku Pelajar Kejuruteraan Kimia & Bioproses UiTM Shah Alam

Assalamualaikum.

Nah Aku Belanja Sikit Gambar Aku Masa Lawatan Ke Kilang Sawit Sg.Tengi. 

Setelah lama menyepi, aku mula menulis kembali. Dua tahun sudah berlalu. Dua tahun juga aku telah meninggalkan kehidupan Asasi aku. Sekarang aku melanjutkan pelajaran di dalam bidang kejuruteraan. Nama penuh kursus yang aku duduki sekarang adalah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Hons) Kimia & Bioproses. Ya, sekarang aku adalah seorang pelajar kejuruteraan di UiTM Shah Alam. Setakat ni kehidupan aku baik-baik sahaja. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi aku peluang untuk terus menuntut ilmu di menara gading.

Apa yang aku ingin ceritakan adalah mengenai kehidupan aku sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Cita-cita aku adalah menjadi seorang doktor ataupun ahli farmasi. Namun ketentuan Allah, aku reda. Disebabkan keputusan Asasi aku tidak melayakkan aku untuk mengambil jurusan doktor mahupun farmasi, aku mengambil keputusan untuk melompat ke bidang kejuruteraan. (Padan muka siapa suruh main-main masa Asasi. Hehe).

Keputusan yang aku ambil ini adalah keputusan yang terbaik yang pernah aku buat. Alhamdulillah. Masa isi UPU dulu, aku isi semua kejuruteraan. ( Kjuruteraan Kimia Sahaja ). Saat itu aku memang memperjudikan masa depan aku. Main bubuh je kos asalkan Kejuruteraan Kimia. Alhamdulillah, aku dapat salah satu kos yang aku minta (Walaupun itu Pilihan ke 3 aku).

So far, menjadi student engineering ni sangatlah best. Tidur tak cukup, belajar banyak, pressure jangan cakaplah. So kalau korang boleh endure semua ni, korang bolehlah teruskan dengan jurusan ni. Kelebihan korang dapat kalau join kejuruteraan kimia ni, dalam kelas, nisbah laki dan perempuan adalah 1:2. Maknanya, kalau kelas korang ada 30 orang, 10 orang lelaki, 20 orang perempuan. Haha, ok tu dah menyimpang dah tu.

Setelah banyak halangan yang aku hadapi, akhirnya aku berjaya sampai ke tahap ini. Tahun kedua aku sebagai pelajar kejuruteraan baru sahaja tamat pada 6/7/2015. Huhu, Semester depan, adalah senior year kedua. ( Takdelah senior sangat). Aku harap aku mampu melakar kejayaan semester demi semester. Dan menjadi budak Engine Luar Biasa. Amin.

Semoga Semua Grad On Time. Amin

Nota Kaki: Kalau Nak Berjaya, Usaha Kena Kuat Maaaaa, (Usaha, Ikhtiar, Doa,Tawakal)


Friday, 31 July 2015

Kejuruteraan Kimia dan Bioproses UiTM Shah Alam [Part 2] (Makmal Microbiology)

Assalamualaikum.

E.Coli dalam nutrient broth

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk masih lagi menghirup udara pagi yang segar. Tiba-tiba rasa nak sambung pulak pasal entry Kejuruteraan Kimia Bioproses. Ok, untuk pengetahuan anda semua, kos ini turut terdapat amali makmal. ( Which mean lab report la tu...Zzzzzzzz). Masa semester 1, takde lagi lab ni. Masuk semester 2, ada 1 lab, lab microbiology. Hari ni aku nak kongsikan mengenai Microbiology dan pengalaman Lab yang aku dah settlekan masa sem 2 =D

Apakah itu microbiology? Microbiology ini adalah salah satu cabang sains yang berhadapan dengan mikroorganism. (Awkward bila tulis dalam BM sebab belajar dalan English). Kiranya  Microb ni kita akan deal dengan bacteria-bacteria, virus dan lain-lain la. Bacteria ni bukannya semua jahat, ada jugak yang baik. Contohnya Streptomyces Griseus, bacteria ni kita guna untuk buat antibiotik tau. Haaa

Tetapi, ada jugalah bacteria yang kalau dia excess dalam badam kita, dia boleh datangkan mudarat kepada kita seperti E.Coli. Kalau terlebih bacteria ni dalam saluran pencernaan kita alamatnya cirit-birit la kita.

Haaa!, ni E.Coli dalam nutrient agar


Selain itu, kami sebagai Pelajar Kejuruteraan Bioproses ini telah didedahkan dengan penggunaan Microb ini. Dalam industri, penggunaan microb ini amatlah meluas. Tak percaya? kebanyakkan produk pharmaseutikal, produk tenusu, dan lain2 akan melalui proses panapaian. (Fermentation). Microb2 inilah yang digunakan dalam proses fermetation tersebut.

Ini E.Coli jugak, tapi ni dalam plate. Dekat sinilah kita semai bacteria ni.


Jadi, kami semua perlulah tahu bagaimana nak handle benda-benda ni semua. Tapi dalam lab, kiteorang buat dalam skala yang kecil sahaja. Sebab untuk tujuan pembelajaran. Kami didedahkan dengan asas untuk mengendalikan Microorganism ni. Ok, sampai disini sahaja perkongsian aku. Kalau ada apa-apa pertanyaa, just drop je comment, insyaAllah aku akan jawab pertanyaan korang terutama adik-adik lepasan asasi dan matrikulasi juga penerapan diploma. =)

Nota kaki: Tak sangka aku kena hadap subjek Biology lagi. Deeper Biology pulak tu. ber"huhuhuhu" lah aku nampaknya.