Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, 7 August 2015

Cara Mudah Untuk Melakukan Senaman Pagi


Assalamualaikum.

Haaa, yang dah bangun pagi tu, selamat pagi. Jom cuba senaman di bawah ini jom?










Kebaikan senaman waktu pagi adalah:

1- Mencergaskan minda dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian
2- Meningkatkan metabolism badan dan membakar kalori di waktu pgi
3- Membantu otot bergerak dengan lebih baik kerana regangan dilakukan sejak awal pagi.

Korang semua bolehlah cuba praktikkan ya. Sebelum jog ke, or selepas jog pagi-pagi tu.

Sumber Kredit Kepada: imuslimshop.com

Nota Kaki: Kalau istiqamah, mesti boleh dapat badan cun punya. InsyaAllah. =D

Wednesday, 5 August 2015

Khasiat Barli

Image result for barli
Sumber dari Cik Google

Assalamualaikum.

Korang semua pernah tak minum air barli? Ada tak yang meminati air barli? Aku salah seorang yang menyukai air barli ni. Rasa dia best dan unik gitu.  Barli atau nama saintifiknya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun yang lalu dan mungkin di antara bijirin yang terawal dan terpenting pada masa itu. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae yang menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam dinegara-negara barat. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Antara khasiat air Barli adalah:

1- Menyejukkan badan

2- Melawaskan air kencing

3- Meningkatkan kesihatan buah pinggang

4- Merendahkan kolesterol

5- Meredakan sembelit

6- Mencegah penyakit kanser

7- Mengurangkan risiko kencing manis

Haaa, banyakkan khasiat barli ni? =D

Nota Kaki: Barli memang mengurangkan risiko kencing manis, tapi kalau dah bancuh air barli dengan air gula yang berlebihan tak boleh juga. =)

Tuesday, 4 August 2015

Cara-cara Untuk Kempiskan Perut


Image result for perut kempis
Sumber dari Google


Assalamualaikum.

Harini aku berjaya jog sejauh 2km. Bolehlah. Sebab dah lama tak jogging. Untuk permulaan. Dulu selalu je jogging. But lately dah kurang. So badan pun dah naik, kenalah ambil langkah berjaga-jaga. Takde duit kau nak beli baju seluar size baru. Hahaha! Ok, pagi ni jalan-jalan ke blog orang dan jumpa cara nak kempiskan perut. So, sini aku nak share. Dekat situ ada tulis 5:

1- Makan Makanan Yang Betul
Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak dibahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks seperti roti atau nasi, fiber seperti sayuran dan buahan, sumber vitamin dan mineral yang boleh diperoleh daripada buahan, lean protein sperti ikan dan sumber kaffein seperti teh atau kopi untuk meningkatkan metabolisma badan.

2- Tinggalkan Makanan Ringan
Makanan ringan dan segera adalah sangat memudaratkan untuk kesihatan badan dan akan membuatkan lemak tepu berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses secara sintetik dan juga gula yang diproses dengan cara yang sama. Makanan bergoreng juga harus dielakkan.

3- Berhenti Makan Lewat Malam
Kebanyakkan dari kita akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa semasa lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur. Jadi seleok-eloknya kita haruslah makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.

4- Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula
Soda, jus asli, atau minuman bergula mengandungi jumlah gula yang berkadaran amat tinggi. Jumlah gula yang berlebihan akan membuatkan lebihan itu terkumpul dan akan sebati dengan darah dan boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan penyakit diabetis. Lebihan gula juga akan menyukarkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Gantikan minuman bergula dengan perbannyakkan pengambilan air mineral atau air kosong. Air kosong adalah minuman yang paling berkesan untuk mengempiskan perut.

5- Lakukan Senaman Kardio
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar lebih banyak kalori daripada melakukan senaman perut. Senaman kardio yang boleh dilakukan adalah seperti jogging, berenang dan berjalan kaki.

Jika kita konsisten dan berdisipilin melakukan tips2 ini, InsyaAllah kita mampu kempiskan perut dan menjadi lebih sihat. =)

Dipetik Daripada : JomDiet.com
Diolah Semula Oleh: Naz

Nota Kaki: Jom Fit!

Monday, 3 August 2015

Petua Menurunkan Berat Badan?

Assalamualaikum.

Image result for gemuk
Sumber Cik Google

Kebelakangan ni, aku betul-betul risau dengan berat badan aku yang makin menaik ni. Perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat. Kalau aku, nak turunkan berat badan, aku akan jogging. Sebab Cardio lebih effective. Aku tak target sangat untuk bina muscle. Badan Lean pun dah ok.

Sesetengah orang, workout tapi tak buat cardio. Salah tu. Kita kena sejajar la. Muscle kita bina, cardio pun buat jugak. Kalau badan tegap, tapi stamina tiada, tak boleh jugak. Esok rutin 4km tanpa henti akan dimulakan semula. Kalau larat, ingat nak buat pagi sekali, petang sekali. (Hari-hari!). Sebelum start, kena minum kopi tawar dulu untuk tingkatkan metabolisma dalam badan.

Semoga berjaya. :{ Kena ada komitmen dengan badan ni.

Nota Kaki: Nak jogging, tapi sekarang pun tak tidur lagi. Haih.