Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, 7 August 2015

Cara Mudah Untuk Melakukan Senaman Pagi


Assalamualaikum.

Haaa, yang dah bangun pagi tu, selamat pagi. Jom cuba senaman di bawah ini jom?










Kebaikan senaman waktu pagi adalah:

1- Mencergaskan minda dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian
2- Meningkatkan metabolism badan dan membakar kalori di waktu pgi
3- Membantu otot bergerak dengan lebih baik kerana regangan dilakukan sejak awal pagi.

Korang semua bolehlah cuba praktikkan ya. Sebelum jog ke, or selepas jog pagi-pagi tu.

Sumber Kredit Kepada: imuslimshop.com

Nota Kaki: Kalau istiqamah, mesti boleh dapat badan cun punya. InsyaAllah. =D

Wednesday, 5 August 2015

TIPS - Perkara Yang Perlu Anda Tahu Bagi Smartphone Yang Baru Dibeli.

Image result for smartphone 2015
Sumber Dari Cik Google

Assalamualaikum

Bila kita baru beli Smartphone baru, mesti macam-macam kita dengarkan mitos2 dan cerita lagenda tentang Smartphone baru. Tadi scroll-scroll FB. Jumpa ni dan nak share dengan korang semua.
1. Smartphone anda tidak perlu dicaj selama 8 jam selepas ia baru dibeli. Sekarang dah tak pakai bateri nikel yang perlu dicaj 8 jam sebelum digunakan. Teknologi bateri dah maju dengan penggunaan bateri jenis lithium, yang mana anda boleh terus guna sampai bateri habis tanpa perlu mengecasnya selama 8 jam.
2. Nombor IMEI menentukan smartphone anda dibuat dari negara mana adalah auta, mitos, dan cerita palsu.
3. Sesentengah pembuat smartphone tidak menyediakan earphone. Jadi jangan rasa tertipu apabila anda beli smartphone baru tanpa earphone. Tapi smartphone baru tanpa charger adalah satu penipuan.
4. Peranti Android dan iOS tidak perlukan anti virus.
5. Pengilang tidak menjamin peranti yang mempunyai kerosakan kosmetik dan kerosakan disebabkan oleh cecair.

Sumber Dariipada :  Kamarul Afiq As-Subanji

Haaaa, Sekarang dah tahukan? So...harap ini membantu korang. hehe.

Nota Kaki : Tunggu Xperia Z8 Keluar Baru Tukar Smartphone. Mihmihmih

Sunday, 2 August 2015

Tips Untuk Nak Dapatkan CGPA 3.5 Keatas

Image result for cgpa
Sumber Dari Cik Google


Assalamualaikum.


Masa tengah scroll FB, tiba-tiba aku terjumpa tips ni. So aku nak kongsikan dengan korang semua tips untuk dapat CGPA 3.5. Nanti Adik-adik yang bakal dapat keputusan UPU kelak boleh la cuba ya. =)

1. Jangan Sesekali Ponteng Kelas
  Jangan sesekali ponteng kelas walaupun satu sunjek sepanjang pengajian dari mula sampai habis. Ini     banyak membantu kita mempamerkan keseriusan terhadap pensyarah dan mereka biasanya suka
  menolong pelajar yang betul-betul ingin belajar daripada mereka.

2. Pergi Awal Sebelum Kelas Bermula
Sentiasa berada di bangunan di mana kelas akan diadakan sekurang-kurangnya 15 minit awal. Pastikan kita bersiap sedia untuk belaar dari segi perkakasan menulis, buku-buku dan kertas untuk menyalin nota.

3. Berikan Sepenuh Perhatian Pada Pelajaran Sehingga Kita Paham
Tumpu pada pelajaran yang diajar dan setiap kali kita tidak faham, angkat tangan bertanya sehinggalah kit benar-benar faham. Jika pensyarah ajar terlalu laju, bangun dan tegur pensyarah agar mengajar dengan rentak yang perlahan dan minta ulang semula. Biasanya jika perlu beliau akan datang ke meja untuk mengajar semula.

4. Ajar Sekurang-kurangnya 3 Rakan Sekelas
Sebenarnya ramai pelajar yang tak faham langsung apa yang diajar oleh pensyarahtetapi mereka hanya berdiam diri dan buat-buat seperti paham. Terangkan kepada mereka sehingga mereka benar-benar paham InsyaAllah ilmu itu akan melekat di minda kita. Jemput kawan ke bilik jika masih tak faham. Ulangkaji bersama-sama subjek tersebut bersama mereka.

5. Bersukan Setiap Petang
Selesai solat Asar, kalau boleh elakkan diri daripada duduk sahaja ataupun tidur. Keluarlah beriadah dan lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Ingat, badan sihat, minda cerdas.

6. Jangan Lupa Untuk Beribadah
Kunci untuk lebih berjaya adalah dengan cara beribadah kepada Allah. Doa dan panjatkan doa kepada Allah agar dikurniakan keputusan yang baik-baik belaka. InsyaAllah. Jangan lupa juga untuk membaca Al-Quran agar hati kita menjadi terang. =)

Sumber Daripada: Aliff Channel


Sekian sahaja perkongsian daripada aku. Ada juga aku tambah-tambah sikit tips dari aku. Harap kita semua dapat praktikkan terutama adik-adik yang bakal melangkah ke alam Universiti. UPU dah tak lama dah kan. =D.

Nota Kaki : Tiada Usaha Semanis Madu Tanpa Usaha Sepahit Hempedu =)