Sumber Dari Cik Google |
Assalamualaikum.
Masa tengah scroll FB, tiba-tiba aku terjumpa tips ni. So aku nak kongsikan dengan korang semua tips untuk dapat CGPA 3.5. Nanti Adik-adik yang bakal dapat keputusan UPU kelak boleh la cuba ya. =)
1. Jangan Sesekali Ponteng Kelas
Jangan sesekali ponteng kelas walaupun satu sunjek sepanjang pengajian dari mula sampai habis. Ini banyak membantu kita mempamerkan keseriusan terhadap pensyarah dan mereka biasanya suka
menolong pelajar yang betul-betul ingin belajar daripada mereka.
2. Pergi Awal Sebelum Kelas Bermula
Sentiasa berada di bangunan di mana kelas akan diadakan sekurang-kurangnya 15 minit awal. Pastikan kita bersiap sedia untuk belaar dari segi perkakasan menulis, buku-buku dan kertas untuk menyalin nota.
3. Berikan Sepenuh Perhatian Pada Pelajaran Sehingga Kita Paham
Tumpu pada pelajaran yang diajar dan setiap kali kita tidak faham, angkat tangan bertanya sehinggalah kit benar-benar faham. Jika pensyarah ajar terlalu laju, bangun dan tegur pensyarah agar mengajar dengan rentak yang perlahan dan minta ulang semula. Biasanya jika perlu beliau akan datang ke meja untuk mengajar semula.
4. Ajar Sekurang-kurangnya 3 Rakan Sekelas
Sebenarnya ramai pelajar yang tak faham langsung apa yang diajar oleh pensyarahtetapi mereka hanya berdiam diri dan buat-buat seperti paham. Terangkan kepada mereka sehingga mereka benar-benar paham InsyaAllah ilmu itu akan melekat di minda kita. Jemput kawan ke bilik jika masih tak faham. Ulangkaji bersama-sama subjek tersebut bersama mereka.
5. Bersukan Setiap Petang
Selesai solat Asar, kalau boleh elakkan diri daripada duduk sahaja ataupun tidur. Keluarlah beriadah dan lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Ingat, badan sihat, minda cerdas.
6. Jangan Lupa Untuk Beribadah
Kunci untuk lebih berjaya adalah dengan cara beribadah kepada Allah. Doa dan panjatkan doa kepada Allah agar dikurniakan keputusan yang baik-baik belaka. InsyaAllah. Jangan lupa juga untuk membaca Al-Quran agar hati kita menjadi terang. =)
Sumber Daripada: Aliff Channel
Sekian sahaja perkongsian daripada aku. Ada juga aku tambah-tambah sikit tips dari aku. Harap kita semua dapat praktikkan terutama adik-adik yang bakal melangkah ke alam Universiti. UPU dah tak lama dah kan. =D.
Nota Kaki : Tiada Usaha Semanis Madu Tanpa Usaha Sepahit Hempedu =)
No comments:
Post a Comment