Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, 10 August 2015

Kejuruteraan Kimia dan Bioproses UiTM Shah Alam [Part 3] (Makmal Process)

Assalamualaikum.

Work Space Lab Process Aku.
Haaa, ok pagi ni aku nak share mengenai kisah semester 3 aku. Masa ni aku ada subjek Lab Process. Lab process ni basically practical terhadap subjek fluid flow, thermodynamics dan heat transfer. Subjek yang aku belajar tu, di apply dekat dalam lab ni. Aku dah lupa dah semua lab yang aku attend. Sebab total lab ada 6 Lab tak silap aku. Antara yang aku ingat Bernoulli's Theorem Demonstration, Flow Over Weirs, and Flow Meter Demonstration. (Aku ingat pun sebab aku simpn lagi Full Lab report ketiga-tiga topik ni. Hahah!) . 

Masa dalam ni banyak la equipment yang aku kena guna untuk dapat data. Dan equipment2 tu semua kebanyakkanya ada digunakan di dalam kebanyakan industri. Haaa, so yang aku buat ni maybe in a smaller scale lah kot. Huhu. 

Yang ni untuk tengok Film Boiling tak silap

Benda yang sama

Yang ni keseluruhan equipment tu

Side tepi
Ok, 4 gambar atas ni pula untuk experiment Film Boiling Condensation. Yang aku ingat, masa ni kena ambil banyakkkkk data. (zzzzzz) Plus aku group first yang kena guna equipment ni dan memang annoying la guna benda ni. Dah la kena kawal watt and pressure. huh. Tapi ok la, strating yang susah then kepada senag senang dan xdelah senang mana. Hahah.


Ni Stir tank

Masa ni stir tank berisi air


Yang ni stir tank berisi minyak bau macam grease
Ok, 3 gambar atas ni pula unutk experiment (lupa tajuk). Tapi experiment ni just nak kira RPM je. Mula2 guna air biasa je dan kira pa RPM for the certain speed. Then come to the worst part is bila kena remove air then kena tukarkan dengan minyak tu. Tuuuuu nampak tak yang warna macam taik telinga cair tu. hahah. Nak tuang minyak tu satu hal. (Sebab aku je jejaka dalam group lab aku) tak kesah pun, cuma masa nak tuang tu, grease tu tumpah dekat baju and untill now those stain still ada dekat lab coat aku. Haha. Masa dah letak minyak, kita kena tukar propeller dia. ada 3 propeller dan kena tukar tanpa buang minyak tu! so ada sekali tu propeller tu terjatuh dekat dalam minyak tu dan aku kena celup. Gross gila. Haha, tapi cekalkan jelah hati main minyak tu. Nak cuci minyak tu pun ada sabun khas dia. Lepas tu annti letak baffle pulak dan kira lagi RPM. Tu je lah.

Ni untuk Bernoulli's Theorem Demonstration

Ni full view equipment tu

Dari tepi

Ni nak kawal volume air
Ok, yang ni pulak untuk Bernoulli's Theorem Demnstration. Kita kena apply Bernoulli's Principle la. Macam bila air laju, pressure rendah dan bila air perlahan pressure tinggi. So kita bolehlah baca bacaan pressure at the different point. Haa, gittew~

wefie Coffee
Sempat lagi wefie, masa ni duduk dekat2 dengan other group so apa lagi, hmm..

Lepas siap kira data

Aku sorang je kumbang, lain2 semua bunga. Lab Mates aku.
Ok, nak masuk lab ni, kena pakai topi putih tu. Kalau tak pakai, Penjaga makmal akan marah dan suruh keluar. Ada kebaikkan dia buat macam tu, untuk disiplinkankita bila masuk bebetul dalam site. Haa, aku punya labmates semua perempuan. Hana, Qila, Mar, Faz. Kalau lab habis cepat, boleh terus duduk dekat ruang dalam gambar tu, then boleh terus kira2 data dan cabut undi siapa buat part apa dan apa. So, senang lah kerja lepas tu.

So, itulah serba sedikit tentang lab aku. Hope korang "enjoy" membacanya. Haha.

Nota Kaki: Semester depan ada lab kena stay malam-malam. Duhh!







Saturday, 8 August 2015

Nasi Lemak

Assalamualaikum.

Image result for perfect nasi lemak dish
Sumber Gambar Dari: GoMelaka

Siapa dekat sini tak pernah makan nasi lemak?! Angkat kening satu kali. Heeee, Jarang dengar orang tak makan nasi lemak kan? Plus, siapa je yang tak kenal nasi lemak. Selalu makan, dan dari kecil malah sejak zaman-berzaman kita makan, tapi tak pernah tahu asal usul nasi lemak.

Nasi lemak ni ni dia dapat disebabkan oleh menggunaan santan yang kita letak dalam nasi tu. Sebab tu kita rasa lemak-lemak je nasi tu. Santan kan is used widely dalam masyarakat melayu tradisional. Kita biasa makan nasi lemak yang dihidang lengkap dengan timun, kacang, ikan bilis, sambal (paling penting) dan telur.

Tapi sekarang ni da upgrade kan, ada makan dengan ayam goreng, rendang, paru, dan ada juga nasi lemak kerang. Semua tu sedap. Haha! Dekat belah-belah sumatera sana dorang buat jugak nasi lemak tapi dekat Jakarta dorang panggil Nasi Uduk dan dekat Jawa Tengah dorang panggil Nasi Liwet atau Sega Liwet. Dan di Achech dorang namakan Nasi Lemak ni Nasi Gurih (Bukan mengguris hati sesiapa okay)

Nota Kaki: Kalau makan Nasi Lemak takde daun pisang rasa awkward sangat. (*Cari Nasi Lemak*)

Thursday, 6 August 2015

Sembang Petang : ROTI CANAI


Assalamualaikum

Image result for roti canai
Sumber Cik Google


Roti Canai adalah makanan tradisional kaum India di Malaysia.  Roti canai biasa dijual di restoran mamak. Kini, terdapat juga restoran kaum melayu yang menjual roti canai ini.   Makanan ini kini sangat disukai bukan sahaja kaum India tetapi rakyat Malaysia.
Roti canai merupakan sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung.  Kini, pembuat roti canai telah mengadakan inovasi pada ramuan roti tersebut sehingga terdapat pelbagai jenis roti canai. Antaranya ialah roti canai, roti telor, roti tisu, roti sardin, roti bawang, roti pisang, roti boom dan lain-lain.
Roti canai biasa disaji bersama dengan sambal cili, sambal ikan bilis, kari ikan atau kari ayam juga kuah Dal.

Keenakkan roti canai apabila ianya dihidangkan semasa sedang panas.  hew2.


Nota kaki: Dulu RM0.50 dah dapat sekeping. Sekarang RM1 dah. huhu.

Promosi: Kalau sesiapa nak tambah pendapatan boleh daftar jadi agent.
Klik ------> SIMPLEHIJAB