Dipetik dari sumber Astro Awani, telah disahkan bahawa serpihan dari Pulau Reunion adalah sah milik MH370. Berikut adalah laporan penuh:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Najib mengumumkan perkara berkenaan dalam satusidang media tergempar awal pagi Khamis di sini.
"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.
"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini," kata Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Najib turut menyatakan simpati serta menyampaikan doa kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.
“Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh keluarga mangsa pada masa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.
“Adalah menjadi harapan saya bahawa pengesahan ini, sungguhpun tragik dan menyedihkan, sekurang-kurangnya akan membawa kepastian kepada keluarga 239 orang yang berada di atas pesawat MH370,” ujarnya.
Selain itu, katanya Malaysia komited untuk melakukan apa sahaja dalam mencari kebenaran tentang kejadian ini.
“Dan saya berjanji: Malaysia akan sentiasa mengingati dan menghormati mereka yang hilang bersama pesawat MH370,” kata Najib.
Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29 Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan pesawat yang menyerupai sayap pesawat.

Klik Untuk Lebih Jelas |
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudiannya mengesahkan “flaperon” tersebut bahagian pesawat jenis Boeing 777.
Spekulasi tersebar bahawa serpihan tersebut mungkin daripada MH370 kerana tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang terhempas di air pernah dicatatkan.
Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing, China.
Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar selepas sejam berlepas.
Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengistiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka didalam pesawat itu dianggap maut.
Pengumuman itu dibuat supaya pampasan boleh dibayar kepada waris mangsa.
Sumber: Astro Awani
Dengan pengesahan berita ini, ayuhlah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa. Dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Nota Kaki: Semoga Roh mangsa-mangsa MH370 tenang disana.
peristiwa yang menyedihkan.. T_T
ReplyDeleteSemua dah ditakdir kan. :(
Delete