Friday, 7 August 2015

Hujan Air Batu

Assalamualaikum.

Sumber FB

Petang tadi kawasan rumah aku kecoh dengan kejadian alam iaitu hujan air batu. Lebat juga hujan tadi diselangi dengan air batu yang turun. Macam mana ea hujan  airbatu ni terjadi?

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.

Sumber: Wikipedia

Nota Kaki: Masa ni tertidurlah pulak. Hmmm..=(

4 comments:

  1. seriuslah? kat mana kejadian ni? sebab tak pernah dengar..

    ReplyDelete
  2. Eh betul ke ni..tp memang lebat pon hujan td..alhmdulillah..nikmat dan rahmat Allah turunkan

    ReplyDelete