E.Coli dalam nutrient broth |
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk masih lagi menghirup udara pagi yang segar. Tiba-tiba rasa nak sambung pulak pasal entry Kejuruteraan Kimia Bioproses. Ok, untuk pengetahuan anda semua, kos ini turut terdapat amali makmal. ( Which mean lab report la tu...Zzzzzzzz). Masa semester 1, takde lagi lab ni. Masuk semester 2, ada 1 lab, lab microbiology. Hari ni aku nak kongsikan mengenai Microbiology dan pengalaman Lab yang aku dah settlekan masa sem 2 =D
Apakah itu microbiology? Microbiology ini adalah salah satu cabang sains yang berhadapan dengan mikroorganism. (Awkward bila tulis dalam BM sebab belajar dalan English). Kiranya Microb ni kita akan deal dengan bacteria-bacteria, virus dan lain-lain la. Bacteria ni bukannya semua jahat, ada jugak yang baik. Contohnya Streptomyces Griseus, bacteria ni kita guna untuk buat antibiotik tau. Haaa
Tetapi, ada jugalah bacteria yang kalau dia excess dalam badam kita, dia boleh datangkan mudarat kepada kita seperti E.Coli. Kalau terlebih bacteria ni dalam saluran pencernaan kita alamatnya cirit-birit la kita.
Haaa!, ni E.Coli dalam nutrient agar |
Selain itu, kami sebagai Pelajar Kejuruteraan Bioproses ini telah didedahkan dengan penggunaan Microb ini. Dalam industri, penggunaan microb ini amatlah meluas. Tak percaya? kebanyakkan produk pharmaseutikal, produk tenusu, dan lain2 akan melalui proses panapaian. (Fermentation). Microb2 inilah yang digunakan dalam proses fermetation tersebut.
Ini E.Coli jugak, tapi ni dalam plate. Dekat sinilah kita semai bacteria ni. |
Jadi, kami semua perlulah tahu bagaimana nak handle benda-benda ni semua. Tapi dalam lab, kiteorang buat dalam skala yang kecil sahaja. Sebab untuk tujuan pembelajaran. Kami didedahkan dengan asas untuk mengendalikan Microorganism ni. Ok, sampai disini sahaja perkongsian aku. Kalau ada apa-apa pertanyaa, just drop je comment, insyaAllah aku akan jawab pertanyaan korang terutama adik-adik lepasan asasi dan matrikulasi juga penerapan diploma. =)
Nota kaki: Tak sangka aku kena hadap subjek Biology lagi. Deeper Biology pulak tu. ber"huhuhuhu" lah aku nampaknya.
No comments:
Post a Comment