Friday 14 August 2015

Result UiTM Sesi March - July 2015

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah.

Nota kaki : Tiada GA di kesan.

Wednesday 12 August 2015

#2 Wordless Wednesday | One of the Best Feeling Ever

Assalamualaikum.


Farm In The City March 7 2015 =)

Nota Kaki: Esok Kena Balik Shah Alam Dah. Zzzzz

Tuesday 11 August 2015

Mengenai Kejuruteraan Kimia & Bioproses UiTM Shah Alam

Assalamualaikum.

Harini Tengok Ada Keywords ni dalam inventory Aku. So sesiapa yang nak tahu or nak minta tolong apa-apa berkenaan kos ni, just drop your komen. InsyaAllah aku akan jawab satu-satu persoalan korang . =)


Nota Kaki: All Is Well

Monday 10 August 2015

Kuih Cucur Badak

Assalamualaikum.

Image result for cucur badak
Sumber Dari Cik Google

Makan apa pagi ni? Aku rasa macam nak cari cucur badak untuk sarapan pagi ni. Kalau sebut cucur badak je , mesti teringat lawak cliche warga Malaysia "Namanya cucur badak, tapi badak nya mana?!" sebab terbawa-bawa dengan cucur udang yang ada udang di dalamnya. LOL!

Ok, cucur badak ni bahan asas dia adalah ubi keledek dan tepung gandum. Lepas tu inti dia kita guna kelapa parut yang ditumis. Cucur Badak ni kita kuih favoritr aku lah jugak. Peliknya aku ni, aku suka makan cucur badak cicah sos. Haha. Aneh2.


Nota Kaki: Moh cari Cucur Badak

Kejuruteraan Kimia dan Bioproses UiTM Shah Alam [Part 3] (Makmal Process)

Assalamualaikum.

Work Space Lab Process Aku.
Haaa, ok pagi ni aku nak share mengenai kisah semester 3 aku. Masa ni aku ada subjek Lab Process. Lab process ni basically practical terhadap subjek fluid flow, thermodynamics dan heat transfer. Subjek yang aku belajar tu, di apply dekat dalam lab ni. Aku dah lupa dah semua lab yang aku attend. Sebab total lab ada 6 Lab tak silap aku. Antara yang aku ingat Bernoulli's Theorem Demonstration, Flow Over Weirs, and Flow Meter Demonstration. (Aku ingat pun sebab aku simpn lagi Full Lab report ketiga-tiga topik ni. Hahah!) . 

Masa dalam ni banyak la equipment yang aku kena guna untuk dapat data. Dan equipment2 tu semua kebanyakkanya ada digunakan di dalam kebanyakan industri. Haaa, so yang aku buat ni maybe in a smaller scale lah kot. Huhu. 

Yang ni untuk tengok Film Boiling tak silap

Benda yang sama

Yang ni keseluruhan equipment tu

Side tepi
Ok, 4 gambar atas ni pula untuk experiment Film Boiling Condensation. Yang aku ingat, masa ni kena ambil banyakkkkk data. (zzzzzz) Plus aku group first yang kena guna equipment ni dan memang annoying la guna benda ni. Dah la kena kawal watt and pressure. huh. Tapi ok la, strating yang susah then kepada senag senang dan xdelah senang mana. Hahah.


Ni Stir tank

Masa ni stir tank berisi air


Yang ni stir tank berisi minyak bau macam grease
Ok, 3 gambar atas ni pula unutk experiment (lupa tajuk). Tapi experiment ni just nak kira RPM je. Mula2 guna air biasa je dan kira pa RPM for the certain speed. Then come to the worst part is bila kena remove air then kena tukarkan dengan minyak tu. Tuuuuu nampak tak yang warna macam taik telinga cair tu. hahah. Nak tuang minyak tu satu hal. (Sebab aku je jejaka dalam group lab aku) tak kesah pun, cuma masa nak tuang tu, grease tu tumpah dekat baju and untill now those stain still ada dekat lab coat aku. Haha. Masa dah letak minyak, kita kena tukar propeller dia. ada 3 propeller dan kena tukar tanpa buang minyak tu! so ada sekali tu propeller tu terjatuh dekat dalam minyak tu dan aku kena celup. Gross gila. Haha, tapi cekalkan jelah hati main minyak tu. Nak cuci minyak tu pun ada sabun khas dia. Lepas tu annti letak baffle pulak dan kira lagi RPM. Tu je lah.

Ni untuk Bernoulli's Theorem Demonstration

Ni full view equipment tu

Dari tepi

Ni nak kawal volume air
Ok, yang ni pulak untuk Bernoulli's Theorem Demnstration. Kita kena apply Bernoulli's Principle la. Macam bila air laju, pressure rendah dan bila air perlahan pressure tinggi. So kita bolehlah baca bacaan pressure at the different point. Haa, gittew~

wefie Coffee
Sempat lagi wefie, masa ni duduk dekat2 dengan other group so apa lagi, hmm..

Lepas siap kira data

Aku sorang je kumbang, lain2 semua bunga. Lab Mates aku.
Ok, nak masuk lab ni, kena pakai topi putih tu. Kalau tak pakai, Penjaga makmal akan marah dan suruh keluar. Ada kebaikkan dia buat macam tu, untuk disiplinkankita bila masuk bebetul dalam site. Haa, aku punya labmates semua perempuan. Hana, Qila, Mar, Faz. Kalau lab habis cepat, boleh terus duduk dekat ruang dalam gambar tu, then boleh terus kira2 data dan cabut undi siapa buat part apa dan apa. So, senang lah kerja lepas tu.

So, itulah serba sedikit tentang lab aku. Hope korang "enjoy" membacanya. Haha.

Nota Kaki: Semester depan ada lab kena stay malam-malam. Duhh!







Sunday 9 August 2015

Perkahwinan Campur

Assalamualaikum.

Pheww, semalam satu post je berjaya ditulis. Sebabnya aku kena pergi ke Kuala Terengganu menemani sahabat aku pergi ke majlis perkahwinan sepupu beliau. Guess what? Sepupu dia ni lelaki, dan berkahwin dengan seorang wanita berbangsa Jepun. Nama isteri dia Higashi Reika. But, bila dah convert it comes to Nur Reika Hidayah. Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam rasanya dan seharian duduk di rumah pengantin. Seronok tengok dorang berbasa-basi dalam bahasa Jepun. Haha. Sini aku sertakan beberapa keping gambar (dua keping je)

Both of  Them sama padan kan? Huhu
Yang baju hitam tu lah kawa aku. Peh, semalam hujan lebat katakoooo!

Candid sikit. Heee...
Basically, itu je lah aktiviti aku semalam. Heee =)

Nota Kaki: InsyaAllah anak-anak dorang ni mesti cerdik pandai.







Saturday 8 August 2015

Nasi Lemak

Assalamualaikum.

Image result for perfect nasi lemak dish
Sumber Gambar Dari: GoMelaka

Siapa dekat sini tak pernah makan nasi lemak?! Angkat kening satu kali. Heeee, Jarang dengar orang tak makan nasi lemak kan? Plus, siapa je yang tak kenal nasi lemak. Selalu makan, dan dari kecil malah sejak zaman-berzaman kita makan, tapi tak pernah tahu asal usul nasi lemak.

Nasi lemak ni ni dia dapat disebabkan oleh menggunaan santan yang kita letak dalam nasi tu. Sebab tu kita rasa lemak-lemak je nasi tu. Santan kan is used widely dalam masyarakat melayu tradisional. Kita biasa makan nasi lemak yang dihidang lengkap dengan timun, kacang, ikan bilis, sambal (paling penting) dan telur.

Tapi sekarang ni da upgrade kan, ada makan dengan ayam goreng, rendang, paru, dan ada juga nasi lemak kerang. Semua tu sedap. Haha! Dekat belah-belah sumatera sana dorang buat jugak nasi lemak tapi dekat Jakarta dorang panggil Nasi Uduk dan dekat Jawa Tengah dorang panggil Nasi Liwet atau Sega Liwet. Dan di Achech dorang namakan Nasi Lemak ni Nasi Gurih (Bukan mengguris hati sesiapa okay)

Nota Kaki: Kalau makan Nasi Lemak takde daun pisang rasa awkward sangat. (*Cari Nasi Lemak*)

Friday 7 August 2015

Hujan Air Batu

Assalamualaikum.

Sumber FB

Petang tadi kawasan rumah aku kecoh dengan kejadian alam iaitu hujan air batu. Lebat juga hujan tadi diselangi dengan air batu yang turun. Macam mana ea hujan  airbatu ni terjadi?

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.

Sumber: Wikipedia

Nota Kaki: Masa ni tertidurlah pulak. Hmmm..=(

Pantai dan Laut

Assalamualaikum.




Seronoknya tengok kengkawan dok update pic vacation dekat insta. Ke Krabi la, Perhentian la, Sabah lah. Jealous nya. Bilalah nak sampai rezeki aku pulak. Haha. Keindahan pantai betul-betul memukau tau. Air yang biru, pasir yang putih. Seronok wow! Hope boleh merayau ke mana-mana pulau next cuti sem. InsyaAllah.


Nota Kaki: Untuk permulaan Pulau Perhentian pun dah cun.

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015



Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com 
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :



+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa


Nota Kaki: Hope Menang The Kabin. Menarik wow.

Perkongsian : Solat Jamak dan Qasar

Assalamualaikum.

Aku nak kongsikan kepada korang semua mengenai Solat Jamak dan Qasar. =)


SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.
Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar : 
i.Solat Zohor dan Asar.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar: 
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Sumber: Rahsia Hawa
..................................................................................................................................
Semoga bermanfaat kepada kita semua terutama yang sering bermusafir.

Nota Kaki: Lama dah tak bermusafir. 

Cara Mudah Untuk Melakukan Senaman Pagi


Assalamualaikum.

Haaa, yang dah bangun pagi tu, selamat pagi. Jom cuba senaman di bawah ini jom?










Kebaikan senaman waktu pagi adalah:

1- Mencergaskan minda dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian
2- Meningkatkan metabolism badan dan membakar kalori di waktu pgi
3- Membantu otot bergerak dengan lebih baik kerana regangan dilakukan sejak awal pagi.

Korang semua bolehlah cuba praktikkan ya. Sebelum jog ke, or selepas jog pagi-pagi tu.

Sumber Kredit Kepada: imuslimshop.com

Nota Kaki: Kalau istiqamah, mesti boleh dapat badan cun punya. InsyaAllah. =D

Thursday 6 August 2015

Semasa: Takziah MH370

Assalamualaikum.

Dipetik dari sumber Astro Awani, telah disahkan bahawa serpihan dari Pulau Reunion adalah sah milik MH370. Berikut adalah laporan penuh:


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Najib mengumumkan perkara berkenaan dalam satusidang media tergempar awal pagi Khamis di sini.

"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.

"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini," kata Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Najib turut menyatakan simpati serta menyampaikan doa kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

“Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh keluarga mangsa pada masa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa pengesahan ini, sungguhpun tragik dan menyedihkan, sekurang-kurangnya akan membawa kepastian kepada keluarga 239 orang yang berada di atas pesawat MH370,” ujarnya.

Selain itu, katanya Malaysia komited untuk melakukan apa sahaja dalam mencari kebenaran tentang kejadian ini.

“Dan saya berjanji: Malaysia akan sentiasa mengingati dan menghormati mereka yang hilang bersama pesawat MH370,” kata Najib.

Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29 Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan pesawat yang menyerupai sayap pesawat.

Mh370, map

Klik Untuk Lebih Jelas
Pasukan pencarian Australia berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ flaperon yang dijumpai di pulau tersebut yang berhampiran Madagascar itu adalah dari pesawat MH370.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudiannya mengesahkan “flaperon” tersebut bahagian pesawat jenis Boeing 777.

Spekulasi tersebar bahawa serpihan tersebut mungkin daripada MH370 kerana tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang terhempas di air pernah dicatatkan.

Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing, China.

Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar selepas sejam berlepas.

Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengistiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka didalam pesawat itu dianggap maut.

Pengumuman itu dibuat supaya pampasan boleh dibayar kepada waris mangsa.

Sumber: Astro Awani

Dengan pengesahan berita ini, ayuhlah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa. Dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Nota Kaki: Semoga Roh mangsa-mangsa MH370 tenang disana.




Terkubur Sudah Majalah Ujang dan APO?



Assalamualaikum.

Harini aku scroll la F, dan aku dapat berita yang amat mengejutkan aku dan penggemar majalah lawak Ujang dan APO? , pemberhentian publication majalah ini telah pun diberhentikan serta merta. Berikut beberapa sumber yang aku peroleh dari FB.

Klik Unutk Lebih Jelas. Sumber: J Zack Huge
Yang ni di petik daripada FB Kartunis Ubi:

Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.
Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu.
Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela.
Sumber: Kartunis Ubi

Spekulasi mengatakan bahawa penutupan serta merta bapa syarikat Ujang dan APO? iaitu MOY publication adalah disebabkan oleh kemenangan saudara Kartunis Ujang mengenai kes hak cipta. Wallahualam.

Nota Kaki: What You Give You Get Back, Plus kebenaran akan selalu ditegakkan. =)



Sembang Petang : ROTI CANAI


Assalamualaikum

Image result for roti canai
Sumber Cik Google


Roti Canai adalah makanan tradisional kaum India di Malaysia.  Roti canai biasa dijual di restoran mamak. Kini, terdapat juga restoran kaum melayu yang menjual roti canai ini.   Makanan ini kini sangat disukai bukan sahaja kaum India tetapi rakyat Malaysia.
Roti canai merupakan sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung.  Kini, pembuat roti canai telah mengadakan inovasi pada ramuan roti tersebut sehingga terdapat pelbagai jenis roti canai. Antaranya ialah roti canai, roti telor, roti tisu, roti sardin, roti bawang, roti pisang, roti boom dan lain-lain.
Roti canai biasa disaji bersama dengan sambal cili, sambal ikan bilis, kari ikan atau kari ayam juga kuah Dal.

Keenakkan roti canai apabila ianya dihidangkan semasa sedang panas.  hew2.


Nota kaki: Dulu RM0.50 dah dapat sekeping. Sekarang RM1 dah. huhu.

Promosi: Kalau sesiapa nak tambah pendapatan boleh daftar jadi agent.
Klik ------> SIMPLEHIJAB