Saturday, 1 August 2015

Ketentuan : Aku Pelajar Kejuruteraan Kimia & Bioproses UiTM Shah Alam

Assalamualaikum.

Nah Aku Belanja Sikit Gambar Aku Masa Lawatan Ke Kilang Sawit Sg.Tengi. 

Setelah lama menyepi, aku mula menulis kembali. Dua tahun sudah berlalu. Dua tahun juga aku telah meninggalkan kehidupan Asasi aku. Sekarang aku melanjutkan pelajaran di dalam bidang kejuruteraan. Nama penuh kursus yang aku duduki sekarang adalah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Hons) Kimia & Bioproses. Ya, sekarang aku adalah seorang pelajar kejuruteraan di UiTM Shah Alam. Setakat ni kehidupan aku baik-baik sahaja. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi aku peluang untuk terus menuntut ilmu di menara gading.

Apa yang aku ingin ceritakan adalah mengenai kehidupan aku sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Cita-cita aku adalah menjadi seorang doktor ataupun ahli farmasi. Namun ketentuan Allah, aku reda. Disebabkan keputusan Asasi aku tidak melayakkan aku untuk mengambil jurusan doktor mahupun farmasi, aku mengambil keputusan untuk melompat ke bidang kejuruteraan. (Padan muka siapa suruh main-main masa Asasi. Hehe).

Keputusan yang aku ambil ini adalah keputusan yang terbaik yang pernah aku buat. Alhamdulillah. Masa isi UPU dulu, aku isi semua kejuruteraan. ( Kjuruteraan Kimia Sahaja ). Saat itu aku memang memperjudikan masa depan aku. Main bubuh je kos asalkan Kejuruteraan Kimia. Alhamdulillah, aku dapat salah satu kos yang aku minta (Walaupun itu Pilihan ke 3 aku).

So far, menjadi student engineering ni sangatlah best. Tidur tak cukup, belajar banyak, pressure jangan cakaplah. So kalau korang boleh endure semua ni, korang bolehlah teruskan dengan jurusan ni. Kelebihan korang dapat kalau join kejuruteraan kimia ni, dalam kelas, nisbah laki dan perempuan adalah 1:2. Maknanya, kalau kelas korang ada 30 orang, 10 orang lelaki, 20 orang perempuan. Haha, ok tu dah menyimpang dah tu.

Setelah banyak halangan yang aku hadapi, akhirnya aku berjaya sampai ke tahap ini. Tahun kedua aku sebagai pelajar kejuruteraan baru sahaja tamat pada 6/7/2015. Huhu, Semester depan, adalah senior year kedua. ( Takdelah senior sangat). Aku harap aku mampu melakar kejayaan semester demi semester. Dan menjadi budak Engine Luar Biasa. Amin.

Semoga Semua Grad On Time. Amin

Nota Kaki: Kalau Nak Berjaya, Usaha Kena Kuat Maaaaa, (Usaha, Ikhtiar, Doa,Tawakal)


No comments:

Post a Comment