Thursday 6 August 2015

Terkubur Sudah Majalah Ujang dan APO?



Assalamualaikum.

Harini aku scroll la F, dan aku dapat berita yang amat mengejutkan aku dan penggemar majalah lawak Ujang dan APO? , pemberhentian publication majalah ini telah pun diberhentikan serta merta. Berikut beberapa sumber yang aku peroleh dari FB.

Klik Unutk Lebih Jelas. Sumber: J Zack Huge
Yang ni di petik daripada FB Kartunis Ubi:

Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.
Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu.
Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela.
Sumber: Kartunis Ubi

Spekulasi mengatakan bahawa penutupan serta merta bapa syarikat Ujang dan APO? iaitu MOY publication adalah disebabkan oleh kemenangan saudara Kartunis Ujang mengenai kes hak cipta. Wallahualam.

Nota Kaki: What You Give You Get Back, Plus kebenaran akan selalu ditegakkan. =)



2 comments:

  1. alaaa! dah la majalah fav tu T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope Ujang yang sebenar akan buat new publication. hehe

      Delete