Saturday 1 August 2015

Kisah Semester 1 Asasi Sains UiTM Puncak Alam (Part 2 - Housemates)

Assalamualaikum.

Haa, semalam aku tulis entry pasal MDS kan? Ok, harini, kita masuk pula part untuk housemate. Ok, dekat sana, aku duduk dekat Blok A2. Tingkat 8. Bilik 5. Nombor rumah aku, A2805/A1.


Haa, ni lah Blok aku duduk. A2.
Keseluruhannya, semuanya baik-baik belaka. Semua Housmates dan Roomate aku memang baik-baik belaka. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Yang nampak muka tu Hazmi, housmate aku. Yang tak nampak muka tu, Nik. Roomate aku.
Ha, gambar atas tu, salah dua housmate aku la. Sorang tu merangkap  roomate aku. Masa  ni tengah final exam. Subjek Biology. Hew2~ Nik Orang Pahang asal dari Bentong. Tapi Asal Kelantan. Hazmi plak orang Kedah Bakk hangg!! Hehe..


Yang jambu ni plak Edward. Rilek2.

Edward? Ya, tapi dia ni bukan orang sabah bah. Jangan gelabah bah. Dia ni Melayu Jawa. Namanya Fahmi B. Jafri. Edward ni cuma nama timangan sejak dari sekolah dia lagi. Dia yang awal cakap. "Panggil aku Edward". So, aku panggil la Edward. Kawan kamcing aku kat sana. Ada sorang lagi. Tapi next entry la. Tapi, dia ni kira crime partner aku la. Macam-macam da aku buat dengan dia. Haha! Yang paling best, study sampai muntah. Dia ni ulat buku, kaki dumble dan rugby. Tapi memang jiwang ah. Single ni. Siapa nak, PM aku. aku boleh aturkan . ( Perempuan SAHAJA ). Haha!~


Ayaaii. Bukan Cina. Melayu ni.

Ni Ayaii. NorAzraai name dia. Roomate si Edward tadi. Haa, dua2 dalam bilik tu memang kaki study. Otak power-power belaka. Ayaai ni happy go lucky orang nya. Tapi, bila  die tengah study, jangan cuba cakap dengan dia. Memang dia tak layan melainkan kau tanya soalan, dia akan jawablah. Banyak membantu housemate dalam pelajaran. Salute dia ni! Haha!


Afiq dan Redzuan

Haa, Afiq dan Redzuan. Gambar Redzuan takde sebab aku tak pernah snap pic dia. Lupa aje. Haha! Redzuan orang Terengganu. Afiq pula orang Kelantan. Afiq yang dalam gambar ni. Dorang ni kiranya tokan Movie la. Ada saja movie-movie dorang ni. Afiq ni pemalu skek. Tapi bila dia tengah dalam excited state, da x kenal da afiq yang pemalu tu. Haha!

Di sini disertakan sekali candid gambar budak-budak rumah aku. Hehe...


Tetamu diundang. Gandum.

Time berbuka puasa ni.
Lepas dah siap mentelaah Biology.

Ketika ulangkaji Mathematics
Ok, tak boleh letak banyak-banyak sangat gambar. Sebab aku bukan artis pun. Dorang pun bukan. Dan tiada sesiapa nak tengok gambar kami banyak-banyak. Hehe..

Sememangnya kehidupan semasa asasi adalah pengalaman paling indah yang pernah aku lalui setakat ni. Kalau letak rank, Asasi ni rank 2 la selepas Zaman sekolah. Semua dah berpecah, ada yang sambung pharmacy, Sains Aktuari, Engineering. Hew2. Semoga semua baik-baik belaka hendaknya. =)

Nota Kaki: ~ UKHWAH MEMPUNYAI HARGA MEREKA YANG TERSENDIRI ~



2 comments:

  1. laaa.. awak student uitm puncak alam ke.. sama lah kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, palam dulu. 2012/2013. Awak batch mana?

      Delete