Tuesday 4 August 2015

Cara-cara Untuk Kempiskan Perut


Image result for perut kempis
Sumber dari Google


Assalamualaikum.

Harini aku berjaya jog sejauh 2km. Bolehlah. Sebab dah lama tak jogging. Untuk permulaan. Dulu selalu je jogging. But lately dah kurang. So badan pun dah naik, kenalah ambil langkah berjaga-jaga. Takde duit kau nak beli baju seluar size baru. Hahaha! Ok, pagi ni jalan-jalan ke blog orang dan jumpa cara nak kempiskan perut. So, sini aku nak share. Dekat situ ada tulis 5:

1- Makan Makanan Yang Betul
Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak dibahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks seperti roti atau nasi, fiber seperti sayuran dan buahan, sumber vitamin dan mineral yang boleh diperoleh daripada buahan, lean protein sperti ikan dan sumber kaffein seperti teh atau kopi untuk meningkatkan metabolisma badan.

2- Tinggalkan Makanan Ringan
Makanan ringan dan segera adalah sangat memudaratkan untuk kesihatan badan dan akan membuatkan lemak tepu berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses secara sintetik dan juga gula yang diproses dengan cara yang sama. Makanan bergoreng juga harus dielakkan.

3- Berhenti Makan Lewat Malam
Kebanyakkan dari kita akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa semasa lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur. Jadi seleok-eloknya kita haruslah makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.

4- Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula
Soda, jus asli, atau minuman bergula mengandungi jumlah gula yang berkadaran amat tinggi. Jumlah gula yang berlebihan akan membuatkan lebihan itu terkumpul dan akan sebati dengan darah dan boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan penyakit diabetis. Lebihan gula juga akan menyukarkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Gantikan minuman bergula dengan perbannyakkan pengambilan air mineral atau air kosong. Air kosong adalah minuman yang paling berkesan untuk mengempiskan perut.

5- Lakukan Senaman Kardio
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar lebih banyak kalori daripada melakukan senaman perut. Senaman kardio yang boleh dilakukan adalah seperti jogging, berenang dan berjalan kaki.

Jika kita konsisten dan berdisipilin melakukan tips2 ini, InsyaAllah kita mampu kempiskan perut dan menjadi lebih sihat. =)

Dipetik Daripada : JomDiet.com
Diolah Semula Oleh: Naz

Nota Kaki: Jom Fit!

6 comments:

  1. nice sharing...
    http://alyanimatshah.blogspot.com/ <-- sini ada entry untuk petua kempiskan perut bocet... =D

    ReplyDelete
  2. perot sy pn boncit dan bdn mkn naik... huhuhuh

    ReplyDelete