Saturday, 1 August 2015

Kisah Semester 1 Asasi Sains UiTM Puncak Alam (Part 1 - MDS)

Assalamualaikum.

Saja rasa nak Throwback kehidupan masa dekat Asasi Palam sebab lepas ni No more Asasi dah Dekat Palam. Sebab Nanti akan dipindahkan ke dengkil. =(

Ok, aku mula dengan. . . .


MDS ( MINGGU DESTINI SISWA )

Haa, orang kata ni minggu dera freshie. Erm, aku tengok tiadalah dera mana pun. Dorang cuma sedarkan siapa kita saja. Tapi, kalau MDS ni takde, aku rasa, makin lambatlah aku jadi pelajar UiTM secara Official. Terima kasih kakak2 dan Abang2 Fasi semua! Hew2~

Masa MDS ni lah aku jumpa kawan baru. Masa tu, mana ada classmate lagi. Housemate pun masa tu aku tak tegur. Tegur roomate je. Haha! Aku rapat dan kenal dengan MDS "mates" dulu baru lah aku kenal yang lain2. =.=" . MDS ni berlaku 3 hari saja. Dalam 3 hari tu, diaorang ni tolonglah kita uruskan hal2 pendaftaran kolej, pendaftaran nak jadi pelaar UiTM, cara nak settle kan borang2, dan juga nak settle kan borang KPT. (Biasiswa).

Haaa, banyak juga membantukan? Syukurlah ada MDS ni. Hikhok~
Sini aku sertakan gambar. Tapi tak banyak sangat lah, sebab masa ni, aku segan-segan lagi nak snap pakai phone aku tu. ^^V

Masa ni tengah menganjing budak perempuan belakang dok snap pic cmni. haha!

Amir, dia ni ahli motivasi tau! Haha, bosan dengar fasi beri taklimat

Kami boleh baring, mula-mula. Lepas tu tak boleh dah,

Sindrom kebosanan dah merebak

Masa nak nyanyi lagu UiTM Di Hati Ku <3

Sorang lagi tu Kamil. Budak SAKTI. Rugby Atlet.

Hisyam. Hacker dan Game noob. hew2~
Muka Bosan wa cakap lu.


.....=.=

Tidur tu.

Orang suh posing. Posing je lah. haha!

Ni la Kamil,

First time tak suka bila disuruh DUDUK. Kematu punggung duduk je keje.

.....

M7. Ingatkan ape la menda ni. Rupanya giliran nak makan. bayang kan brape lame nak tunggu untuk makan saja. haha!

Bosan 2.0

Bosan 3.0

Bosan to the max. haha!

More To Gambar Actually. Hee~

Nota Kaki : ~ HIDUP CARI KAWAN, JANGAN CARI PASAL ~



Ketentuan : Aku Pelajar Kejuruteraan Kimia & Bioproses UiTM Shah Alam

Assalamualaikum.

Nah Aku Belanja Sikit Gambar Aku Masa Lawatan Ke Kilang Sawit Sg.Tengi. 

Setelah lama menyepi, aku mula menulis kembali. Dua tahun sudah berlalu. Dua tahun juga aku telah meninggalkan kehidupan Asasi aku. Sekarang aku melanjutkan pelajaran di dalam bidang kejuruteraan. Nama penuh kursus yang aku duduki sekarang adalah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Hons) Kimia & Bioproses. Ya, sekarang aku adalah seorang pelajar kejuruteraan di UiTM Shah Alam. Setakat ni kehidupan aku baik-baik sahaja. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi aku peluang untuk terus menuntut ilmu di menara gading.

Apa yang aku ingin ceritakan adalah mengenai kehidupan aku sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Cita-cita aku adalah menjadi seorang doktor ataupun ahli farmasi. Namun ketentuan Allah, aku reda. Disebabkan keputusan Asasi aku tidak melayakkan aku untuk mengambil jurusan doktor mahupun farmasi, aku mengambil keputusan untuk melompat ke bidang kejuruteraan. (Padan muka siapa suruh main-main masa Asasi. Hehe).

Keputusan yang aku ambil ini adalah keputusan yang terbaik yang pernah aku buat. Alhamdulillah. Masa isi UPU dulu, aku isi semua kejuruteraan. ( Kjuruteraan Kimia Sahaja ). Saat itu aku memang memperjudikan masa depan aku. Main bubuh je kos asalkan Kejuruteraan Kimia. Alhamdulillah, aku dapat salah satu kos yang aku minta (Walaupun itu Pilihan ke 3 aku).

So far, menjadi student engineering ni sangatlah best. Tidur tak cukup, belajar banyak, pressure jangan cakaplah. So kalau korang boleh endure semua ni, korang bolehlah teruskan dengan jurusan ni. Kelebihan korang dapat kalau join kejuruteraan kimia ni, dalam kelas, nisbah laki dan perempuan adalah 1:2. Maknanya, kalau kelas korang ada 30 orang, 10 orang lelaki, 20 orang perempuan. Haha, ok tu dah menyimpang dah tu.

Setelah banyak halangan yang aku hadapi, akhirnya aku berjaya sampai ke tahap ini. Tahun kedua aku sebagai pelajar kejuruteraan baru sahaja tamat pada 6/7/2015. Huhu, Semester depan, adalah senior year kedua. ( Takdelah senior sangat). Aku harap aku mampu melakar kejayaan semester demi semester. Dan menjadi budak Engine Luar Biasa. Amin.

Semoga Semua Grad On Time. Amin

Nota Kaki: Kalau Nak Berjaya, Usaha Kena Kuat Maaaaa, (Usaha, Ikhtiar, Doa,Tawakal)


Destinasi Bajet


Sumber cik google



Sebenarnya, dengan bajet yang cukup minimum, 

kita boleh melancong complete dengan tempat penginapan, 


makan minum, jalan-jalan, buat aktiviti sikit


siap beli cenderahati lagi. 


Memang boleh, Kalau ikut cara destinasi bajet laa.

............................................................................................................................


Assalamualaikum.

Haha, saja aku amik tagline dalam rancangan destinasi bajet tu. Hajat di hati aku ni dah lama dah mengidamkan kembara backpackers ni.(Ala-ala Destinasi Bajet la). Tapi disebabkan kekangan masa, aku tidak berkesempatan nak berbuat demikian. InsyaAllah semester depan boleh kot...(kot...), So boleh dah ni start ngumpul fulusss.. lewls.

Kalau boleh nak simple2 je. First step try Destinasi bajet ke Melaka ke... Berbekalkan DSLR, boleh dah aku hidup. Nikmatnya! Aku nak gerak sorang je. Jadi lone ranger. hahaha!

I really need a vacation la. Haih.....
Siapa nak belanja aku pergi vacation boleh drop down your comment ok. =P


Nota Kaki: Kalau dapat pergi pulau-pulau pun seronok jugak. =(

Friday, 31 July 2015

CPUV dan CPC dari Nuffnang.

Assalamualaikum.


Setakat ni, setelah seminggu mula semula menulis blog, masih tiada rezeki lagi dapat CPUV or CPC. Just make me wonder, dia update on the spot ke kalau ada orang visit kita punya blog (for CPUV) and bila orang click (fo CPC). Hahaha, curiousity ni dah ada sejak dari dulu lagi. Hahaha.

Anyway, aku harap cik Nuffnang bermurah hati nak kasi kepada ku CPUV dan kengkawan pemurah kasi CPC. (Statement mintak penyepak) heheh... =D

Entry pendek dari pada aku. :|

Nota Kaki: Nuffnang, pleaseeee =p