Okay, kali ni aku nak kongsikan Resepi Ayam Panggang aku. Aku buat ayam ni masa Bulan Ramadan hari tu. Sebabkan teringin, aku pun buatlah sendiri. Gunakan semua bahan2 yang dah ada dalam rumah tu sahaja. Ok, ni resepi dia:
Bahan-bahan basah
Ayam - 1 Ekor ( Dibuang isi perut dan dipotong terbuka )
Bawang Besar - 5 Biji
Bawang Putih - 5 Ulas
Cili Padi - 3 Ulas
Halia - 5cm
Bahan-bahan kering
Oregano - 2 sudu besar
Jintan manis - 2 sudu kecil
Lada Hitam - Satu genggam
Gula Merah - 2 Sudu besar ( Kalau tak cukup,boleh tambah, ikut tekak masing2)
Gula - 1 Sudu Besar
Garam - Secukup rasa
Untuk Bahan perapan ayam dan cara-cara memerap adalah:
1- Kisar semua bawang besar, bawang putih, cili padi, halia, oregano, jintan, lada hitam, gula merah, gula, dan garam.
2- Sebelum mengisar, tambah sedikit air, jangan terlalu banyak sebab kita nak dia jadi macam pes ( Senang nak tepek dekat atas ayam nanti.
3- Selesai mengisar, tuangkan kesemua isi dari pengisar itu ke atas ayam yang berada di dalam dulang.
4- Semua bahan perapan haruslah disapu sekata agar semua rempah dapat menyerap ke dalam segenap isi ayam tersebut.
5- Kemudia perap ayam di dalam peti ais bawah selama 3 jam ( lagi lama lagi bagus )
6- Selepas ayam selesai diperap, panggang ayam tersebut di dalam ketuhar selama 50 minit dengan Suhu 270 celcius ( Kalau agak2 ayam macam belum masak, panjangkan tempoh memanggang)
7- Selepas ayam masak, Hidangkan dan makan mengikut kreativiti anda. hehe.
............................................................................................................................................................
Ok, sampai disitu sahaja perkongsian resepi daripada aku. Nanti cubalah, dan kasi feedback dia kepada aku. Yang pasti bau Oregano tu memang akan ut rumah korang bau wangi! Selamat mencuba! =)
Nota kaki : Masa aku keluarkan ayam tu dari ketuhar, aku terus sapu butter dekat ayam tu. Dan..... Ini lah hasilnya!
Inilah hasil dia. =) |
Nampak sedap..tapi nak buat malas *sambil ketuk kepala sendiri
ReplyDeleterugi! try la. sedappp!
DeleteWAh, nampak sedap sangat, once Fara dah balik tempat study Fara nak buat lah! nanti upload banyak lagi resepi ya...
ReplyDeletetapi nape ayam tu posing macam malu2 kaki terkepit je. haha kidding
Haha, thanks Fara. You Should try once dah balik sana nanti. Ayam jadi gitu effect seharian berpuasa. hihi
DeleteHehehe. No wonder la malu2 ayam sangat dia ;)
Deletehehe, yes, no wonder. hew2
Delete